Welcome to Unpredictable Life . Happy reading! | Dashboard | Follow

Tuesday 6 February 2018

Bukan Nak Memberontak


Sejak kebelakangan ni, aku selalu banyak buat kesilapan dalam kehidupan seharian aku.. 
Aku tak pasati apa puncanya..
Apa yang aku tahu, bila aku buat sesuatu benda tu, fikiran aku memang tepat kat sesuatu benda tu..
Aku pun double check apa yg aku lakukan sesuatu perkara tu... terkadang, sampai triple check.. 
Check sampai gila.. 
But end up, still aku buat salah..



Aku sebenarnya, tak tahu nak cakap macam mana dengan orang sekeliling aku..
Dalam 5 hari, jarang nak jumpa aku buat kerja perfect & tiptop..
Terkadang aku kaku & blurr kejap bila satu satu masalah terbina disebabkan kesalahan bodoh aku..

Kadang tu, bila balik rumah, aku duduk termenung kejap and tanya, apa masalah aku? kenapa aku begitu cuai? Perghh, sampai tak boleh seyh nak jawab soalan cepumas tu.. 

Aku tak pasti, adakah punca sebab one of family member aku nak kan aku pulang ke tempat asal aku?
No, aku nak jadi perantau.. aku masih muda kot.. 

Bila dah jadi perantau & duduk sorang2 ni, aku tak suka orang arah2 aku.. aku tak suka orang sekat perjalanan aku nak kemana.. aku tak suka orang tahu apa aku buat.. 

Aku tahu, orang yang sibuk2 nak ambil tahu ni, concerned kat aku.. Ye, aku appreciate sangat2, ikhlas aku cakap dalam hati sambil taip.. aku hargainya.. ceh, bunyi macam ego tinggi KLCC kan? Opps, ni bukan tinggi macam KLCC dah ni.. ni tinggi macam bangunan era baru paling tertinggi kat Malaysia, KL118 dah ni! hahaa 

Tapi, aku perlu ruang beb, aku tak minta ruang besar pun.. cukuplah sekadar muat untuk mengisi apa yg aku perlu.. gittew..

Aku bukanlah nak memberontak, tapi.. aku just nak share apa yang aku rasa.. aku ni jenis yang tak reti nak mengeluarkan suara & bercerita.. sebab kalau aku syok bercerita kan, mesti orang macam tak interested and switch topic.. so aku lebih prefer diam and dengar story orang.. gittew!

Actually, tak syok kan nak luah kat dalam blog? Arghh diam ah.. kahkahkah!





Saturday 21 October 2017

Malam Ahad

10.45PM.
Gua bergegas siap- siap pakai t-shirt hitam Melaka and seluar palazo hitam, pakai shawl jaguar pink hitam and terus sarung sweater belang-belang hitam kelabu. Terus gua blah gi Cyber Cafe yg agak classy kalau masuk je, memang bau Dettol & bau bau wangian yg wangii.. depan apartment i ni jer.. perghh masa nak lintas tu, Restoran Al-Ehsan tu, meriah gila seyh! dengan dak dak dok chilling.. bila dekat sikit, ouhh! ada station brader shisha yang terbaru.. terasa-rasa weh! tapi, takpelah, dah pencen.. hahaha! ok, foinee..

Seriously hari ni memang bahang & panas, dicampur adukkan lagi dengan dosa kecil & besar gua.. memang panas laaa kan.. lagi dalam pukul 5pm housemate gua boleh pulak tertinggal kunci dalam bilik & lepas tu tak boleh nak masuk bilik dia.. memang berpeluh laa siaa sebab gua kasi hentam dia punya tombol pintu kan.. LOL.. dengan masalah perhubungan lagi~~ HAHA

Dugaan demi dugaan gua hadapi..
Sebenarnya, gua tak kuat dah.. ye lah, gua sensorang.. tapi bila fikir balik, ehh gua pilih jalan untuk bawa diri kan jauh dari keluarga.. buat apa gua nak menyenyeh ratap ratap kecaa kecaa yang gua tak kuat sebab sensorang, kan? So, alasan ni gua anggap bullshit.


Nak taknak, gua kena hadap je laa.. macam  setiap hari, gua akan telefon Mama gua.. walaupun masa zaman remaja gua agak meluat & benci dengan perangai dia yang suka paksa-paksa tu,, tapi, bila umur dah macam sekarang ni, baru gua sedar, gua sangat perlukan dia.. gua perlukan pandangan dia.. gua perlu pendapat dia..  gua banyak luah perasaan kat dia.. but, certain lah.. nak semua, gua tak ready lagi! haha.. Tapi tu laa, Mama selalu bagi semangat kat gua.. mama selalu pujuk gua kalau gua nangis dalam telefon.. mama selalu bacakan doa kat telefon kalau gua panic & tak sedap hati bila nak melangkah kaki ke kerja..  Mama sekarang banyak dah berubah.. tak selalu tetiba naik hangin ataupun maki hamun.. fuhh, kekadang, gua yang tagih maki hamun dia.. ye lah, dah trademark kan? hehe gurauu..

Papa pulak, tak jemu-jemu bantu gua kalau gua ada masalah.. lelagi ada masalah kewangan.. malu gak kalau dia tetiba transfer.. kalau gua buat emoji sedih je.. mesti dia akan reply laju-laju.. actually rindu papa macam masa kecik2.. tapi takpe lah.. ~ haha

Sampai umur sekarang ni, aku jauh dengan mama & papa.. mama . aku tak terasa yang aku  ada buat diaorang semua bangga.. aku  rasa, aku banyak menyusahkan diaorang.. aku tak dapat nak bagi apa yg mereka nak..

Aku  suka ignored orang.. kalau orang ignore aku, aku buat tak pedulik.. aku tahu, perangai macam tu salah & teruk.. tapi.. tapi.. entahlah.. bila orang tanya kenapa aku ignore orang? aku pun tak tahu nak jawab apa.. sebab apa? sebab aku pun takde jawapan bodoh tu..

Aku tak tahu apa yang aku perlu buat untuk kawal emosi aku tu..
Bila aku baik.. orang buat aku macam sial..
Bila aku buat tak baik, orang mengata..
So, how?
Haa ni lagi, bila aku malas nak layan like IDGAF, orang kata aku tak nak ambil tahu..
So? so?


Aku harap sangat sekeliling aku yang negative ni, dihapuskan serta merta..
Aku pun harap mentaliti negatif aku, akan selalu terpancar dengan positive vibes..
Tu je yang aku minta..


Kbye





Saturday 19 August 2017

Who cares

Biasanya,
Kalau aku update, aku akan merujuk pada hal sebenar apa yang aku tengah lalui..

Kalau aku kata itu aku buat buat tu, sebenarnya aku tipu! hahaha sebab apa aku tipu dengan post yang lepas2 tu? sebab aku nak sedapkan hati, aku nak jaga hati orang yg mungkin akan baca..

Tapi aku tahu, tak semua yang akan baca..
Tak semua orang nak tahu pun..
Who cares?

Tapi aku sedih ah apa yang jadi kat diri aku sekarang ni..
Sampai orang pun noticed..
Aku malu kot..

Aku tahu, sesetengah yang ambil paruah pasal hal ni pun, sebab acah-acah..
Tak de sape yg kisah pun sebenarnya..

Tapi serious, seriously aku sedih bila orang yang aku sayang, macam tak kisah je..
Memang laa dia kata dia kisah, tapi aku tak nampak pun effort dia..


Oh yaa, mungkin aku silap kot..
Lelaki kan suka buat mende surprise kan..
Aku cuma harap, dalam perhubungan ni, takde siapa yg akan dipergunakan antara satu sama lain..

Sebab bila akan ada perasaan tuh, sedih kot..
Sedih..


Dah, BYE

Thursday 17 August 2017

Short Vacay : Melaka

Seriously, lama tak update blog.
I know, tiada siapa pun kisah! haha

Ramai sekarang masih layan drama dusta kat Facebook, 
Cerita bunuh diri dak dak WeChat,
Gossip tak boleh blah kat WhatApp,
Show off naked picture kat Instagram.. LOL!

So, dikesempatan ni, iolls nak upadate sikit throwback throwback yg ada kat album iolls..


Akhir bulan July & awal bulan August ni memang hectic gila..
Boleh dikatakan iolls ulang alik Johor - Kolumpo.. perghh, iolls buat Kolumpo Johor ni macam Pasir Gudang nak ke Bando JB seyh.. gerek tak gerek ah an! 


Ok, disebabkan iolls dah menganjak dewasa, poket money tu, ada lah sikit hasil daripada titik peluh bekerja ni, dapat jugak laa rasa pergi bercuti..


Bercuti  tu, takde laa jauh mana.. nak kata dekat pun takde jugak.. sipi sipi laa! haha


Bermulanya macam ni, iolls and 2 of my bffs plan ke Tanjung Bidara, Melaka.. 
But, Zyron tak dapat pergi, :( Only me & Nuron je.. :')

So yeahhh, laut dia kat Selat Melaka laa, of course! haha, Selat paling TERSIBUK  DUNIA wa cakap lu! 
Tak percaya? Percaya je lah~

Masa tu, malam, lepas iolls balik kerja..

We all tertinggal okay bus ke Melaka! Bayangkan, hotel semua dah book, dah bayo.. LOL
Tapi weoolls gigih seyh nak jugak sampai malam tu! So, dengan tingginya confidence level weolls ni, weolls cari mana-mana lawan web kengkonon ada jual ticket ke Melaka malam uh jugak.. tapi still tak jumpa! 

Dengan Nuron belum start makan ayam kepci nya, gigih search kat GrabCar dari Terminal Bersepadu Selatan, KL ke HOTEL SENTRAL RIVERVIEW, ML! haha! Tak sangka ada mamat emo nak matey ni sudi pick up weolls. yang tak boleh blah, untunglah mamat ni, nak tengok anak bini, dapat free duit tambang RM144, free tol.. apak ah! Kay, rezeki dia.. Alhamdulillah, malam yg hectic tu, Allah permudahkan segalanya.. Dengan dapat bilik yg classy tak setanding dengan harga yg weolls bayo.. 
Mana nak cari bhaii! RM80 je~








hehe, siang tu, weolls cari Sarapan naik beca! RM10 je sebab weolls tawo habis habisan kat Apek uh.. kahkah, bayangkan uncle tu kayuh beca dengan badan iolls yg over 100kg ni LOL




Weolls makan asam pedas kat kedai yg  tak popular.. tak ingat laa apa nama kedai ni, nama kedai uh tak kelakar pun, tapi serious mudah terhibur dengar nama empunya kedai ni haha, makanan? not bad laa rasanya ~
Se-set dalam RM7 macam tu, exclude air ah.. 


Lepas uh, weolls jenjalan ler kat bandar Melaka ni, naik GRABCAR ke A'famosa punya bangunan lama.. Kiranya, area Bandar Hilir la.. Seriously, tukang GRABCAR kat sana, sopan & baik2.. Baik2 tu of course laa, tapi peramah gilaa hokayh! Siap jadi tour guide lagi dok explain2 kat dua jelitawan dari Kuala Lumpur & Shah Alam tapi yang berasal usul dari  Johor Bahru ni haha! ~~~






Banyak sebenarnya gambo, haha~ 
Okay, untuk kat bando Melaka ni,lunch kiteorg makan kat cafe hotel je.. huhu



Then  lepas tu, weolls amek keputusan untuk berdikari naik bus ! hahaa! 
Gila ah asyik naik grabcar je kan HAHA~



Kiteorang naik bus Panorama dari Melaka Sentral ke Masjid Tanah! I tak ingat laa tambang berapa sebab i pakai kad sentuh&pergi! Hurmm.. distance? Fuhh, sakit pinggang seyh, dah ah panas, lagu pulak tu, jiwang.. dah sampai stesen bus uh, I try laa GRAB jugak.. sebab bus takde berhenti depan2 Tanjung Bidara~.. Perghh satgi ada satu pakcik ni yg bernama Pakcik Ariffin! haha, bila dia dah sampai, boleh pulak i ter cancel..! tapi beliau ni seorang pakcik yg gerek tau, baik.. and slumber je kata, bayor ikut rate grab. Weolls pun, baiklah pakcik.. haha kesian pakcik tak dapat royalty driver grab! haha~


TEMPAT SASARAN : TANJUNG BIDARA BEACH RESORT <<



Akhirnya weolls sampai! Alhamdulillah ! 
Time ni, syukur gilaaa dah sampai.. 
Banyak kejadian aneh yg berlaku kat bilik ni, tapi bukan ade apa pun ahh.. 
Ada anoconda yg menakutkan.. bukan HANTU kayh~!
So, ni adalah cebisan gambo kenangan kat sana.. dari posing gaya adegen2 diva sampai ke dress up seperti nelayan di tepi pantai.. kasi layan sikit laaaa hehe













I happy sangat, sebab dapat short vacayyy dengan bff i since i umur kecik2 10 tahun .. muahh!
I love you forever Nuwom grommmm! Muahhh! xoxo

Next short vacay : USS, SG eh? hihi




Ni paling akhir ehh, 

↓↓↓↓↓

DON'T MESS WITH MALACCA ! *suara garang & garau*


ASSALAMUALAIKUM 






Saturday 10 December 2016

Aku

Sumpah aku bukan jenis yang suka paksa..
Tapi bila situasi tu memaksakan aku untuk paksa, aku terpaksa!

Sumpah aku bukan jenis yang suka mengira!
Tapi bila situasi paksa untuk aku membuat satu pencatuan aku terpaksa akur..

Sedih tatkala mereka menuding jari padaku sambil kata,
"Menyesal minta tolong kau!"..
Terlalu hampa plus kecewa.. aku terasa hambar, rasa kelam dunia..




Aku faham, semua manusia sama je..
Takde sape yang sempurna..
Takde sape yang bole jdi terlalu sabar bila keadaan tu tertekan, terpaksa..

Kau faham "roda kehidupan??"
Mesti kau tahu pepatah ke slogan ke, yang "kekadang kita berada di atas, kadang kita berada di bawah.."

Tapi tolonglah percaya,
Aku ikhlas dengan apa yang aku berikan..
Aku ikhlas dengan apa yang aku katakan..

Aku bukan tamak atau prejudis..

Kau kena faham, aku pun manusia biasa..
Masih muda, emosi pun terkadang bercelaru..
Terkadang pun buntu..
Terkadang pun masih tak mampu untuk fikir cara penyelesaian yg bernas..

Tapi kalau kata, kesilapan aku tu tak bole nak dimaafkan 7 keturunan,
Takpe,
Tak menjadi masalah besar..

Biasalah tu, kehidupan ni.. apa yang kita buat dari segi positif ke negatif, pasti dapat balasan..

Orang kata,
Resepi kehidupan..

Rempuh, tempoh..

Kehidupan tak semua pahit..